Thursday 26 May 2016

RAHSIA WARNA LIPSTIK

Rahsia Warna Lipstik

Pemilihan warna lipstik selalunya terpulang kepada citarasa individu masing-masing dan tahukah anda di sebalik warna pilihan tersebut, ia melambangkan sikap dan peribadi yang tersendiri? Sering kali kita dengar hanya gadis berani selalunya memilih warna yang terang atau garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penanpilan dirinya, malah ada juga yang mendakwa lipstik berwarna merah akan menambah lagi seri wajah si pemakainya. Namun begitu, tidak kurang yang menggemari lipstik berwarna lembut seperti merah jambu, coklat, ungu dan ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Untuk mengetahui apakah rahsia di sebalik warna lipstik ini, apa kata kita baca sama-sama...

1. LIP GLOSS

Lip gloss sering menjadi pilihan mereka yang ingin kelihatan simple kerana hadir dengan warna natural ataupun mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap kelihatan cantik dan menawan kepada si pemakainya.

Personaliti:

Si pemakainya juga cukup senang kerana mereka gemarkan kehidupan yang aman dan damai. Jadi kerana itulah, golongan ini lebih suka melepak di tempat mendamaikan diri seperti pantai, mendaki gunung atau bercuti di pulau peranginan.

2. MERAH JAMBU

Warna merah jambu mencetuskan kesan seksi dan mampu menyerlahkan gaya si pemakainya. Ia juga sesuai digunakan sama ada untuk mereka yang berkuliit gelap ataupun cerah.

Personaliti:

Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis, berjiwa penyayanng dan tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Tetapi berhati-hati kerana golongan ini agak sensitif walaupun kadang-kala dari segi luaran mereka kelihatan seolah-olah tidak kisah

3. COKLAT

Warna ini selalunya menjadi pilihan mereka yang tidak kelihatan terlalu menonjol dalam pemilihan imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting berbanding paras rupa.

Personaliti:

Sesiapa yang suka memakai lipstik berwarna coklat selalunya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak mudah beremosi/marah, setia kepada kekasih hati dan juga boleh menyimpan rahsia.

4. UNGU

Mereka yang memilih warna ungu adalah seorang yang tidak mudah berubah hati terutamanya jika sesuatu keputusan itu melibatkan kerjayanya.

Personaliti:

Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tidak pernah gentar dengan cabaran kerana golongan ini pandai membuat keputusan terutamanya melibatkan diri sendiri, selain mempunyai yakin diri yang tinggi

5. OREN

Sama sepertimana si pemakai lipstik berwarna ungu, mereka yang memilih warna ini juga seorang  yang mempunyai sifat dedikasi yang tinggi terhadap kerjayaan/pelajaran.

Personaliti:

Manakala dari personaliti pula, mereka merupakan seorang yang lemah-lembut tetapi mempunyai hati yang keras, kerana itulah kadang-kala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

6. MERAH

Merah selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menarik perhatian orang ramai kerana dengan memakai lipstik berwarna terang/garang, ia disifatkan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Personaliti:

Selain itu, mereka juga tidak suka di perlekehkan  oleh orang lain, jadi jangan cuba bermain dengan golongan ini kerana buruk akibatnya nanti! Walaupun kelihatan mereka agak tegas, tetapi sebenarnya baik hati.

No comments:

Post a Comment